Annyeong Haseyo!


Ahh.. Dah lama tak ucap perkataan ini. Dulu tiap-tiap hari tak kira masa pagi, petang, tengah malam pun kena cakap bila jumpa orang Korea. Rindu pulak hahahah...

Assalamualaikum, blogger baru mohon tunjuk ajar dari otai-otai sekalian. 2 tahun hidup di Busan, Korea dan dah balik Malaysia masih tak boleh move on. Terngiang-ngiang lagi semua patah perkataan yang saya cakap masa kat sana walaupun selalunya macam itik dengan ayam je pun bila bercakap. Ikut suami belajar kat sana bawa pulak 2 orang anak yang kecil sangat lah mencabar. Bukan semua nya best duduk di oversea macam yang orang fikir. Tapi itulah pengalaman hidup yang kami tak akan dapat lupakan sampai bila-bila.

Semenjak cerita famous 'Train To Busan' merasuk semua penduduk Malaysia, saya tengok makin ramai yang ambil perhatian mengenai BUSAN. Mungkin ada yang tak pernah tau mana Busan, kalau Seoul tu lain lah sebab sana ibu negara Korea Selatan kan. Tapi, jangan tak tahu pulak Busan ialah bandar ke 2 selepas Seoul. Ye, bandar. Kalau ada yang bercadang nak jalan-jalan ke Korea, jangan risau di Busan pun semuanya ada lebih kurang macam Seoul jugak. 

Maaf lah kalau banyak entri lepas ni mengenai Busan. Sharing is caring kan. Kita share-share la apa yang patut masa aku kat sana. Boleh jadi guideline kalau nak jalan-jalan ke sana.

Tahu tak Busan kat mana? Boleh google lah dalam map tengok.

Busan terletak di bawah hujung macam dalam peta tu. Disebabkan itu, Busan dikelilingi dengan pantai dan gunung ganang. Busan juga mengalami 4 musim sama seperti di Seoul, tetapi disebabkan lokasi Busan itu, suhu di Busan tidak terlalu sejuk pada musim sejuk dan juga tidak terlalu panas pada musim panas. Melalui Busan juga, kita boleh pergi ke Fukuoka, Jepun dengan menaiki feri. Kalau dah sampai Busan, boleh la 'singgah' Jepun sekali.

Apa yang menarik di Busan? Macam-macam. Shopping, pantai, taman, cafe yang cantik dan tempat makan yang banyak. Next entry nanti saya share kan lagi apa yang saya nampak di Busan ok. Keep in touch! 




Comments

Popular Posts