Mencari kedai HALAL di Sasang, Busan
Bila travel, benda yang paling kita risaukan ialah kedai Halal kan? Jangan risau, kalau korang semua datang ke Busan, boleh je jumpa kedai Halal. Okay, bila dah sampai Busan, dah mendarat di lapangan terbang Gimhae, boleh berjalan kaki menuju ke Busan Gimhae Light Rail. Ianya seperti LRT dari Gimhae ke Sasang, Busan.
Lapangan Terbang Gimhae
(sumber: google)
Gimhae Light Rail
(sumber: google)
Dari stesen Gimhae International Airport, kita hanya perlu melalui dua stesen untuk sampai ke stesen Gwaebeop Renecite. Turun je akan nampak bangunan tulis Homeplus, iaitu sebuah hypermarket di Korea. Di sebelahnya ada satu lagi hypermarket iaitu E-Mart. Homeplus ialah Tesco sebenarnya, cuma untuk pasaran Korea ditukar nama kepada Homeplus manakala E-Mart memang original hypermarket dari Korea.
Di sebelah bangunan E-Mart itu lah deretan kedai-kedai barangan Asia dan HALAL. Ada beberapa kedai yang menjual barangan HALAL dan Asia, tapi bagi saya saya lebih suka masuk ke satu kedai ni sebab kedai ni lebih besar dan luas. Senang nak jalan dan tengok barang.
Di hadapan kedai
Macam-macam benda yang kita boleh beli kat sini. Ada ayam dan daging mentah HALAL, sardin, susu pekat, sos, mee segera indo, biskut, kerepek dan macam-macam lagi. Beras Thai pun ada jual. Kadang-kadang ada orang yang tak berapa nak lalu bila makan beras Korea kan, jadi boleh la beli sini. Sekilo beras Thai cuma 2,000 won dan ada dijual paket-paket kecil sekilo. Ada juga dijual roti paratha atau roti canai frozen.
![]() |
| Antara barang yang dijual (sumber: google) |
![]() |
| Antara barang yang dijual (sumber: google) |
Kebanyakan barang-barang kat sini datang dari negara Indonesia, Thailand dan India. Dari segi harga, kene check dan tanya tuan kedai sebab ada sesetengah barang yang mahal jugak sebab susah nak dapat kan. Tuan kedai ni rasanya orang Pakistan, tapi jangan risau dia ni sangat fasih bercakap dalam bahasa Melayu. Dia pernah beritahu dulu dia pernah bekerja di Malaysia. Kalau partner dia pulak wanita Korea yang fasih berbahasa Inggeris. Tak ada masalah bahasa kat kedai ni.
Jadi, kalau datang ke Busan dan dapat tinggal di apartment yang boleh masak, kat sini banyak barang-barang HALAL yang boleh dibeli. Tak ada masalah lagi nak dapat barang-barang HALAL kan. Selamat melancong.





Comments
Post a Comment