Autumn In My Heart
Sapa pernah tengok cerita tu dulu? Cerita ni ditayangkan pada tahun 2000 kan. Masa zaman kita muda-muda dulu lah. Sedih yang amat. Tak boleh tahan airmata dari meleleh-leleh keluar. Sedih ko! Tapi, yang ni tak ada kena-mengena dengan cerita tu. Sekarang ni tengah musim autumn kat Korea. Masa ni lah berduyun-duyun manusia ambil peluang bergambar dengan daun-daun kering. Yang bestnya, bukan sebarangan daun, ada color kuning, coklat dan merah. Maka, berkepit lah couple-couple Korea ni nak selfie tak abis-abis di sebalik daun-daun kering ni.
Aku pun takkan nak tengok je kan. Join lah sekali. Heheheh... Sekali seumur hidup tu. Memang cantik. Dengan suhu yang sudah turun sehingga bawah 16 ' c, kalau nak berjalan kaki sepanjang jalan atau taman yang penuh daun-daun ni tak terasa penat atau berpeluh langsung. Diapit dengan angin sepoi-sepoi bahasa membasahi wajah. Cewah😀😀😁 Kanak-kanak dan orang tua macam aku pun sama-sama bermain dengan daun-daun kering itu.
Macam tahun lepas, kat Busan masa ni lah daun-daun ni jadi cantik. Sebenarnya, tak lama pun sebab nanti bila dah gugur semua jadi coklat lah. Biasanya, dalam seminggu dua je. Sebab tu lah semua berebut-rebut nak bergambar bila dah ada peluang tu. Gigih la kitorang ni anak-beranak mendaki bukit semata-mata nak bergambar dengan daun cantik sebelum melepas.
TIPS pakaian semasa autumn di Busan (mana tau ada rezeki korang ke Busan):
Macam tahun lepas, kat Busan masa ni lah daun-daun ni jadi cantik. Sebenarnya, tak lama pun sebab nanti bila dah gugur semua jadi coklat lah. Biasanya, dalam seminggu dua je. Sebab tu lah semua berebut-rebut nak bergambar bila dah ada peluang tu. Gigih la kitorang ni anak-beranak mendaki bukit semata-mata nak bergambar dengan daun cantik sebelum melepas.
TIPS pakaian semasa autumn di Busan (mana tau ada rezeki korang ke Busan):
- Tak payah susah-susah beli baju Long John tu. Membazir je. Tak sejuk sangat macam winter. Baju lengan panjang ok dah.
- Jacket / winter coat dan sweater tu wajib. Masa ni selalunya angin kuat jugak. Tapi tak payah sampai yang bubble-bubble tu. Berlengas ko nanti! Stail orang Korea, jacket & coat time ni.
- Seluar panjang. Kalau nak ikut orang Korea, diorang ni suka pakai seluar jeans atau khaki yang ketat. Angin pun tak senang masuk. Kalau nak pakai yang loose, kat dalam boleh pakai seluar tight.
- Kasut bertutup. Sneakers sangat sesuai. Kebanyakan orang kat Korea pakai macam ni. Boots jarang sekali masa ni. Sneakers senang nak bergerak. Kalau pakai boots pun, time nak check kat imigresen jenuh la nak tanggal-tanggal pastu pakai balik. Sebab dah pernah kena. Menyesal pakai hahahah....
- Disertai dengan stokin lah yer. Untuk stokin ni, tak payah bawa banyak pun takpe. Kat Korea tepi-tepi jalan bersusun orang jual stokin. Mesti terbeli punya sebab comel-comel dan murah sangat. Silap-silap, korang borong bawa balik Malaysia sebab kecomelan stokin tu.
- Sarung tangan? Tak payah pun takpe sebab belum winter lagi. Kalau nak bawa pun yang nipis-nipis jelah. Kalau terdesak, jangan risau, ada je kat Busan ni berlambak-lambak.
- Mafla atau scarf tu kalau tak bawa pun takpe. Bawa satu pun ok dah. Snow cap tu tak payah la, time autumn ni tak perlu. Orang kat sini memang tak pakai snow cap. Busan bukan sejuk mana pun masa autumn ni.
- Penutup telinga perlu bawa ker? Jangan cari pasal yer. Winter pun belum lagi. Kena gelak dengan orang Busan je nanti.







Comments
Post a Comment