Puas hati dan sangat berbaloi!

Bila tekak terasa nak makan makanan western dan burger mesti korang akan cari tempat yang sedap dan berbaloi dengan harga kan? Yelah, kalau harga makanan tu mahal tapi rasa hampeh terasa membuang duit dan masa jer pergi 😒
Kalau sesiapa yang biasa lalu Sungai Buloh, dekat sebelah Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh dekat tapak kawasan lapang tu mesti korang akan perasan kedai A&J Burger Grill.
Logo kedai

Kedai ni sekarang dah ada cawangan yang ke-2, iaitu di Taman Villa Putra, Sungai Buloh. Disebabkan selalu berulang alik di kawasan tu, memang akan perasan signboard kedai ni di sebalik deretan kedai. Tiap-tiap kali lalu, mesti penuh dengan pelanggan. Macam best je kan. Maka, satu hari tu melangkah jugak masuk ke kedai ni di cawangan Taman Villa Putra tu.

Datang berempat termasuk anak 2 orang. Datang masa orang tak ramai lagi sebab taknak frust kalau penuh. Bila masuk ke dalam, terus terpesona. Cantik jugak kedai ni. Meja nya menggunakan kayu pallet dan ada macam-macam jenis kerusi. 

Menu pun sampai kat meja. Kita kena isikan order form apa yang kita nak minum dan makan kat situ. Menu tak sempat snap sebab kelaparan sangat masa tu. Then, tunggu la sampai makanan sampai. Tak lama sangat tunggu pun. Maka, inilah apa yang kitorang makan:
Spaghetti bolognese. Sos sedap
Mixed Grill. Ada ayam, daging dan kambing
Chicken Chop. Ayam yang banyak isi dan rangup

Mushimahu. Patty daging lembu dan cendawan melimpah ruah.
Untuk air pulak:
Air mangga pekat likat bersama laici

Air biru. Tak ingat pulak apa nama air ni. Bersama dengan lemon, daun pudina dan serai.
Keseluruhannya:-
  • Kitorang kenyang makan sebab portion makanan dan air yang banyak. Boleh kongsi-kongsi makan. 
  • Dan satu lagi, yang pasti kat sini korang boleh dapat air kosong FREE. Ambil sendiri air kosong kat tempat yang disediakan. Suka hati nak refill berapa kali. Punya la susah zaman sekarang ni orang nak bagi air free kan. Thumbs up!👍👍👍
  • Total makan-makan kali ni di bawah RM100. Wow!!  Dahlah portion besar, harganya agak berpatutan. 
  • Kami sangat berpuas hati. Sedap dan berbaloi datang ke sini. Terima kasih A&J Burger Grill.

Alamat:
No. 5 Jalan Dataran Villa Putra 1,
Taman Villa Putra, Sg Buloh (berdekatan dengan pasaraya SC Neighbourhood)
019-2192219 (Acot)
019-2880209(Johar)
Waktu operasi:

12pm - 12am
Dibuka:
Selasa hingga Ahad, Isnin cuti.

Comments

Popular Posts